SumandakBah Weblog

Apa apa aja Bah…

LatarBelakang Mac 16, 2008

rubyies @ 3:29 pm

Assalamualaikum dan Salam sejatera semua,

Saya menulis blog ini sekadar suka-suka dan untuk apa-apa saja, memandangkan saya baru dalam penulisan blog maka saya belum menetapkan apa spesikasi blog ini. kalau anda ada idea bolehlah hantar komen dan pendapat agar sama-sama kita belajar dan maju dalam dunia ICT khusus bagi rakan-rakan dari sabah, Bah!sumandak bila lagi kita sama-sama bagitahu seluruh dunia kita boleh Bah!sebenarnya ianya terbuka untuk semua tetapi saya amat mengalakkan sumandak-sumandak lebih ramai join weblog ini. Bukan apa saya mahu ramai sumandak-sumandak yang berani bersuara. cerita apa saja buruk baik itu adalah satu pengajaran untuk kita lebih maju ke depan.

Untuk pengetahuan semua saya tidak mempunyai sebarang kemahiran dalam Teknologi ICT mahu secara formal atau pun tidak, semuanya bermula dari pembacaan  media cetak kemudian menonton dari media massa dan akhirnya saya mempraktikkannya sendiri tanpa seorang guru tetapi selalu bertanya dari saudara mara, rakan-rakan dan inilah hasilnya. Walaupun saya tahu kesenian dan kemahiran dalam penulisan juga amat lemah, oleh kerana itu juga saya merasakannya bahawa dengan blog ini juga dapatlah saya memperbaiki lagi bahasa melayu saya.

Selain itu juga dapatlah kita bersama-sama mengutarakan segala masalah, ketidak puasan hati, pendapat, idea, nasihat, penyebaran informasi, networking dan pelbagai…

 

Leave a Reply